Subscribe to RSS feeds

Tuesday, 29 November 2011

mahir jawi~

assalamualaikum semua~
erm..adakah anda semua lemah dalam men jawi kan perkataan yang anda semua ingin kan?

erm..macam mana kita nak selesaikannya?

ataupun..anda semua perlu menjawikan sesuatu perkataan atau karangan dengan segera??

haa..!!!  disini ada satu cara yang mungkin dapat membantu anda menyelesaikan masalah anda~..
tapi ingat..jangan salah gunakannya.
ok??hohoho



http://www.jawi.ukm.my/

sila klik di laman web tersebut :)

Monday, 28 November 2011

MARI BELAJAR~

Assalamualaikum adik-adik~~ :) :) :)
sebelum kita memulakan pelajaran kita..apakah yang perlu kita lakukan??


ya..betul..!! pandai adik-adik kita ni!! :D

mari sama-sama kita membaca doa sebelum belajar agar kita mendapat keredhaan ALLAH :) 

Bismillahirrahmanirrahim..




video 


 Alhamdulillah.. <3

Saturday, 27 August 2011

BOSAN

Salamullahi alayk.. kaifa halukum?lama beno xupdate..xde benda nak share..sekadar menjalani kehidupan sbgi manusia biasa..ni, nak share 1 benda yg dikatakan menarik la jugak. Cara mengatasi bosan :D
  
First, kita start dgn definisi bosan..Bosan merupakan suatu perasaan yang timbul tatkala anda jemu menghadap sesuatu berulang-ulang kali (definisi sendiri..hahaha)..Dalam situasi lain, rasa bosan timbul apabila anda tiada apa yang dibuat, tak ada apa hendak dilakukan ketika masa terluang.. Kata seorg pakar motivasi "Awas! Bosan adalah petanda besar anda orang yang tidak ada matlamat" (haha..risau seyh)


1. Sibukkan Diri, Kenal Pasti Hobi

Cari sesuatu yang boleh dilakukan..Bentuk diri kita menjadi seorg yg rajin..Kalau dah xde benda nak wat, ce fikirkan something yg rasa menarik lagi seronok utk dilakukan supaya kita x sedar masa berlalu (tipu diri sendiri)..Kalu hantu blogger, blogging la puas2..yg penting, igt prioriti kita sebagai seorg muslim..
 


2. Be a 'workaholic' person
Org workaholic ni orang yg suka wat kerja..Obses,taksub,fanatik dll..hehe..Workaholic nie dia xkan sedar dia dok ngadap kerja utk waktu yg lama..Rasa enjoy time wt kerja ni akan dtg scr sdn bhd bila dah naik "syeikh" yakni menemui keseronokan ketika melaksanakan kerja..Utk elak rasa bosan, cbe transformerkan diri kita sebagai workaholic..Make sure ada keje, ada benda yg perlu dilaksanakan..Awas! Sikap workaholic tak sesuai untuk orang suddah berkawin..Kalau anda jadi laki org, nanti kena saman ngan bini sbb xreti nak blk rumah sbb dok layan kerja..Jika anda seorang isteri, nanti suami anda makan maggi setiap hari..hahaha


3. Set Matlamat, Azam, Cita-cita dan Impian..Lepas itu b'usaha utk mencapainya..
Orang yang selalu merasa bosan adalah orang yang tidak ada impian..Orang yang bosan dengan hidup adalah orang tidak ada cita-cita..Kita kena set satu impian..Then cbe plan langkah terbaik utk mencapai impian tu.. Kemudian bru kita b'usaha mencapainya walau dgn apa cara sekalipun, asalkan halal..hahaha..Lama-lama bosan itu kan pergi dgn sendirinya sbb dah xde masa nak rasa bosan :)



4. Rajinkan diri wat ibadah..

Hah..ni benda paling senang nak wat..Agak2 dah xde keje tu bnykkanlah ibadah2 sunat..Plg koman pun zikrullah..Bukannye susah pun..Benda simple je, kita igt Tuhan, Tuhan igt kita..Rasulullah S.A.W. bersabda: sesiapa yang banyak mengingati Allah (zikir), Allah sayangkannya (rawahu Dailami dari Aisyah R.A.)..InshaAllah berkat ibadah yg kita lakukan Allah akan permudahkan segala urusan..Cbe hadirkan sepenuh hati kita..Fikirkan kekurangan dan kehambaan dlm diri..Cbe rasai keseronokan dan ketenangan dlm b'ibadah: Ketahuilah bahawa dengan mengingati Allah itu hati akan tenang (Ar Raad: 28)
Akhir kalam, semoga sedikit sbyk dari perkongsian ini dapat kita amalkan bersama2..Ckp byk tp buat pun tdk xde gunanya gak..So, selamat beramal :p

Friday, 20 May 2011

Fadhail Jumaat



Syeikh Abdul Qadir Jailani (SAQJ) mengatakan malam Jumaat lebih banyak dari
malam lailatul qadar, ia berulang-ulang (50 kali setahun). SAQJ adalah
seorang wali besar umat Muhammad, Orang Baghdad, bermazhab Hambali.
Pahala solat Jumaat seperti pahala ibadat haji bagi orang miskin. Oleh itu,
solat Jumaatlah walaupun musafir (tidak wajib) kerana ganjarannya sangat besar.
Bagi mereka yang solat Jumaat, gugur dosa antara satu Jumaat ke Jumaat
lain, kecuali dosa-dosa besar.

Lelaki yang mandi di pagi hari Jumaat gugur dosa seperti bayi baru lahir.
Samada mandi kerana Hari Jumaat (Mazhab Hanafi) atau mandi untuk pergi
menunaikan Solat Jumaat (Mazhab Syafie).

Batu dan kayu jadi saksi dan beristighfar keatas orang yang berjalan diatasnya
untuk pergi solat Jumaat. Barang siapa yang memakai pakaian bersih untuk
solat Jumaat, Allah kurniakan keatasnya rahmat dan memaqbulkan hajat yang
dikehendakinya samada di dunia mahupun di akhirat.

Allah angkat seksa kubur pada hari Jumaat, malaikat tidak bertugas
pada hari itu. Nabi S.A.W. bersabda; "Tiada seorang Muslim yang mati pada
hari atau malam Jumaat melainkan Allah akan menyelamatkannya dari ujian
kubur." – Riwayat Ahmad & Attirmidzi

Pahala kedatangan Solat Jumaat
Hari Jumaat Allah hantar malaikat khas untuk duduk dipintu masjid dan menulis
nama orang yang hadir sehingga khatib naik ke mimbar. Selepas itu tiada rekod
kehadiran.

Nabi S.A.W bersabda: “Apabila tiba hari Jumaat, ada pada tiap-tiap pintu masjid,
Malaikat yang ditugaskan menulis orang yang datang sembahyang Jumaat seorang
demi seorang; kemudian apabila imam duduk di atas mimbar, Malaikat-malaikat itu
melipat lembaran-lembaran surat yang ditulisnya serta mereka datang mendengar khutbah.” (Abu Hurairah r.a)






Pahala bagi orang yang pertama datang seperti unta, selepas itu seperti lembu,
kambing, ayam, burung ciak dan telur.

Rasulullah S.A.W bersabda: Sesiapa mandi pada hari Jumaat seperti mandi hadas
besar, kemudian berangkat ke masjid, maka seolah-olah dia mengorbankan seekor
unta dan sesiapa berangkat pada kesempatan kedua, maka dia seolah-olah telah mengorbankan seekor lembu. Sesiapa berangkat pada kesempatan ketiga, maka
seolah-olah dia telah mengorbankan seekor kambing kibasy. Sesiapa berangkat pada kesempatan keempat, seolah-olah telah menyembelih seekor ayam dan sesiapa
berangkat pada kesempatan kelima, seolah-olah dia memberikan sedekah sebiji telur. Apabila imam iaitu khatib telah keluar, Malaikat-malaikat pun hadir mendengar zikir.

Ertinya: mereka tidak lagi mencatatkan sesiapa yang datang ke masjid

Di langit, malaikat Jibrail menjadi muazzin, Mikail jadi khatib membaca khutbah
kepada para malaikat. Mereka menghadiahkan pahala solat Jumaat kepada para imam, muazzin dan umat Muhammad yang solat Jumaat kerana mereka tidak perlu pahala.

Kisah wali
Ada seorang wali menangis-nangis semasa membaca khutbah.  Kemudian beliau menyuruh
anak muridnya baca khutbah, anak muridnya turut menangis.Apabila ditanya, tuan guru itu tidak menjawab. Bila ditanya kepada anak muridnya kenapa dia menangis, dia mengatakan dia nampak binatang seperti anjing, kera dan babi datang solat. (Gambaran orang yang tidak ikhlas datang solat). Wali itu melihat dengan mata hati. Sepertimana Nabi Muhammad boleh melihat safnya dari belakang mata.

Wallahu A'lam

Tuesday, 17 May 2011

Kisah Malaikat Penghantar Amalan Solat



Rupa-rupanya ada cerita kalau kita lewatkan solat kita yea…

Jika berpuasa amalan kita direct terus pada Allah…
tapi jika bersolat ada “Posmen” pula untuk hantar
amalan kita pada Allah….
Kisahnya….

Setiap kita ada malaikat…
Malaikat yang hantar amalan solat kita pada Allah.
Untuk sampaikan amalan kita, Ia melalui tol-tol di setiap lapisan langit
dimana setiap penjaga tol, Kroni malaikat juga. ..
Jika solat di awal waktu, Tolnya “free”… Tiada sekatan tol… Tiada “jem”…
Malaikat terus sampaikan amalan pada Allah… untuk dinilaikan….


Tapi Jika solat di akhir waktu, Tol free juga…
Tapi sekatannya… MasyaAllah….
Di langit pertama, Penjaga tol marahkan posmen kita…
Kenapa lewat poskan amalan kita…
Merayu-rayu posmen malaikat kita… Minta diberi laluan…
Tetapi… Penjaga langit pertama tidak heran…
Dicampakkan amalan lewat solat tadi ke bumi..
Maka.. Jatuh berderai….
Dikutip semula oleh Malaikat posmen kita…. Satu persatu dikutip….
Sambil terus merayu untuk ke lapisan langit ke-dua.

Dilangit kedua….. Samalah juga…. Kena bebelan malaikat..
Sebab lewat hantar amalan kita…
Merayu lagi posmen kita. Tapi masih tidak dipedulikannya…
Lalu dilemparkan amalan lewat solat kita tadi jatuh berderai lagi….
Dikutip satu persatu amalan kita…

Dirayu lagi untuk diserahkan amalan kita pada Allah…

Dilangit ketiga… Laaaa…. Kena basuh lagi malaikat posmen kita….
Kenapa lewat hantar amalan tersebut…. Tiada kompromi…
Terus dibaling amalan kita… Jatuh berderai amalan kita…. Tak ade nilai….
Dan tiada lagi dikutip dan dirayu lagi… Maka,
Tak sampailah amalan kita kepada Allah…
Seolah-olah kita tak solat juga…


Maka…. bersedialah kita menerima pembalasannya….
Tak di dunia di akhirat pula….
Hilang duit…. Hati risau…
Ujian bertimpa-timpa…Bljr x masuk..Hidup xberkat...Ishhhh….

Tak berbaloikan kita buat amal…. Tapi tak sampai….
Dahlah tu…Tak de nilai….. Kena azab lagi nanti….


Ya Allah !!!Ampunkan kami kerana lalai !
Sesungguhnya Dikau Maha Pengampun Lagi Maha Penyayang..

Jadikan hati kami, suka solat diawal waktu..
Gentarkan hati kami selagi kami tak segerakan…
Biarlah kami gentar di dunia… Agar kami tidak gentar lagi di hari akhirat..

Ameen….
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...