Subscribe to RSS feeds

Friday, 20 May 2011

Fadhail Jumaat



Syeikh Abdul Qadir Jailani (SAQJ) mengatakan malam Jumaat lebih banyak dari
malam lailatul qadar, ia berulang-ulang (50 kali setahun). SAQJ adalah
seorang wali besar umat Muhammad, Orang Baghdad, bermazhab Hambali.
Pahala solat Jumaat seperti pahala ibadat haji bagi orang miskin. Oleh itu,
solat Jumaatlah walaupun musafir (tidak wajib) kerana ganjarannya sangat besar.
Bagi mereka yang solat Jumaat, gugur dosa antara satu Jumaat ke Jumaat
lain, kecuali dosa-dosa besar.

Lelaki yang mandi di pagi hari Jumaat gugur dosa seperti bayi baru lahir.
Samada mandi kerana Hari Jumaat (Mazhab Hanafi) atau mandi untuk pergi
menunaikan Solat Jumaat (Mazhab Syafie).

Batu dan kayu jadi saksi dan beristighfar keatas orang yang berjalan diatasnya
untuk pergi solat Jumaat. Barang siapa yang memakai pakaian bersih untuk
solat Jumaat, Allah kurniakan keatasnya rahmat dan memaqbulkan hajat yang
dikehendakinya samada di dunia mahupun di akhirat.

Allah angkat seksa kubur pada hari Jumaat, malaikat tidak bertugas
pada hari itu. Nabi S.A.W. bersabda; "Tiada seorang Muslim yang mati pada
hari atau malam Jumaat melainkan Allah akan menyelamatkannya dari ujian
kubur." – Riwayat Ahmad & Attirmidzi

Pahala kedatangan Solat Jumaat
Hari Jumaat Allah hantar malaikat khas untuk duduk dipintu masjid dan menulis
nama orang yang hadir sehingga khatib naik ke mimbar. Selepas itu tiada rekod
kehadiran.

Nabi S.A.W bersabda: “Apabila tiba hari Jumaat, ada pada tiap-tiap pintu masjid,
Malaikat yang ditugaskan menulis orang yang datang sembahyang Jumaat seorang
demi seorang; kemudian apabila imam duduk di atas mimbar, Malaikat-malaikat itu
melipat lembaran-lembaran surat yang ditulisnya serta mereka datang mendengar khutbah.” (Abu Hurairah r.a)






Pahala bagi orang yang pertama datang seperti unta, selepas itu seperti lembu,
kambing, ayam, burung ciak dan telur.

Rasulullah S.A.W bersabda: Sesiapa mandi pada hari Jumaat seperti mandi hadas
besar, kemudian berangkat ke masjid, maka seolah-olah dia mengorbankan seekor
unta dan sesiapa berangkat pada kesempatan kedua, maka dia seolah-olah telah mengorbankan seekor lembu. Sesiapa berangkat pada kesempatan ketiga, maka
seolah-olah dia telah mengorbankan seekor kambing kibasy. Sesiapa berangkat pada kesempatan keempat, seolah-olah telah menyembelih seekor ayam dan sesiapa
berangkat pada kesempatan kelima, seolah-olah dia memberikan sedekah sebiji telur. Apabila imam iaitu khatib telah keluar, Malaikat-malaikat pun hadir mendengar zikir.

Ertinya: mereka tidak lagi mencatatkan sesiapa yang datang ke masjid

Di langit, malaikat Jibrail menjadi muazzin, Mikail jadi khatib membaca khutbah
kepada para malaikat. Mereka menghadiahkan pahala solat Jumaat kepada para imam, muazzin dan umat Muhammad yang solat Jumaat kerana mereka tidak perlu pahala.

Kisah wali
Ada seorang wali menangis-nangis semasa membaca khutbah.  Kemudian beliau menyuruh
anak muridnya baca khutbah, anak muridnya turut menangis.Apabila ditanya, tuan guru itu tidak menjawab. Bila ditanya kepada anak muridnya kenapa dia menangis, dia mengatakan dia nampak binatang seperti anjing, kera dan babi datang solat. (Gambaran orang yang tidak ikhlas datang solat). Wali itu melihat dengan mata hati. Sepertimana Nabi Muhammad boleh melihat safnya dari belakang mata.

Wallahu A'lam

Tuesday, 17 May 2011

Kisah Malaikat Penghantar Amalan Solat



Rupa-rupanya ada cerita kalau kita lewatkan solat kita yea…

Jika berpuasa amalan kita direct terus pada Allah…
tapi jika bersolat ada “Posmen” pula untuk hantar
amalan kita pada Allah….
Kisahnya….

Setiap kita ada malaikat…
Malaikat yang hantar amalan solat kita pada Allah.
Untuk sampaikan amalan kita, Ia melalui tol-tol di setiap lapisan langit
dimana setiap penjaga tol, Kroni malaikat juga. ..
Jika solat di awal waktu, Tolnya “free”… Tiada sekatan tol… Tiada “jem”…
Malaikat terus sampaikan amalan pada Allah… untuk dinilaikan….


Tapi Jika solat di akhir waktu, Tol free juga…
Tapi sekatannya… MasyaAllah….
Di langit pertama, Penjaga tol marahkan posmen kita…
Kenapa lewat poskan amalan kita…
Merayu-rayu posmen malaikat kita… Minta diberi laluan…
Tetapi… Penjaga langit pertama tidak heran…
Dicampakkan amalan lewat solat tadi ke bumi..
Maka.. Jatuh berderai….
Dikutip semula oleh Malaikat posmen kita…. Satu persatu dikutip….
Sambil terus merayu untuk ke lapisan langit ke-dua.

Dilangit kedua….. Samalah juga…. Kena bebelan malaikat..
Sebab lewat hantar amalan kita…
Merayu lagi posmen kita. Tapi masih tidak dipedulikannya…
Lalu dilemparkan amalan lewat solat kita tadi jatuh berderai lagi….
Dikutip satu persatu amalan kita…

Dirayu lagi untuk diserahkan amalan kita pada Allah…

Dilangit ketiga… Laaaa…. Kena basuh lagi malaikat posmen kita….
Kenapa lewat hantar amalan tersebut…. Tiada kompromi…
Terus dibaling amalan kita… Jatuh berderai amalan kita…. Tak ade nilai….
Dan tiada lagi dikutip dan dirayu lagi… Maka,
Tak sampailah amalan kita kepada Allah…
Seolah-olah kita tak solat juga…


Maka…. bersedialah kita menerima pembalasannya….
Tak di dunia di akhirat pula….
Hilang duit…. Hati risau…
Ujian bertimpa-timpa…Bljr x masuk..Hidup xberkat...Ishhhh….

Tak berbaloikan kita buat amal…. Tapi tak sampai….
Dahlah tu…Tak de nilai….. Kena azab lagi nanti….


Ya Allah !!!Ampunkan kami kerana lalai !
Sesungguhnya Dikau Maha Pengampun Lagi Maha Penyayang..

Jadikan hati kami, suka solat diawal waktu..
Gentarkan hati kami selagi kami tak segerakan…
Biarlah kami gentar di dunia… Agar kami tidak gentar lagi di hari akhirat..

Ameen….

Monday, 16 May 2011

Guru

Sajak ini sy tujukan khas buat semua guru..Khususnya buat guru2, ustz ustzh serta para mursyid:

1. Sekolah Kebangsaan Taman Tasik Ampang
2. Sekolah Rendah Agama Tasik Tambahan
3. Maahad Muhammadi Pasir Mas
4. Sekolah Agama Menengah Rawang
5. KUIS

Tidak dilupakan juga buat pendidik2:

1. Pusat Tuisyen Kasturi
2. Pusat Tuisyen Universal

Terimalah..

Berburu ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepala ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi
(dedikasi kepada Hari Guru dan guruku tercinta)


Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat

Pemimpin yang ditauliahkan segala umat.
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.
Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia

Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa

Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.
Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;

Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku

Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

 
USMAN AWANG
1979

Sunday, 15 May 2011

Entry buatmu.....

Telah lama daku mencari..
bertahun sudah tidakku temui..
sudah berkali-kali aku gagal..
pelbagai usaha yang telah daku dilakukan..

apa yang pasti,
semuanya gagal..
kecundang..
musnah segala harapan..
hancur sumenye..hancur!!

namun,
tatkala jiwaku diundang rasa duka..
semasa hatiku diulit rasa kecewa..
pabila diriku dilanda kemurungan (bukak buku psiko..haha)
hadirnya dirimu..
memberikan daku jawapan..
dikau berikan daku bimbingan
dikau hulurkanku bantuan..
dikau berikan daku pengharapan..
akhirnya,
penantian penuh penyeksaan ini berakhir jua..
tersingkap sudah segala kebenaran..
terjawab sudah pelbagai persoalan..

oh... Masithah Hanis..


terima kasih..
akhirnya, blog sye sudah blh dikomen org len..
thank you..syukran katheer..hahaha

kepada insan2 len yg turut berjasa dlm penghasilan blog ini..


En suke suki Hidayat
(Rest in peace Dayat..sian dia, penat dia tlg aku, smpi tertidur..haha)


Hasnah Kasiran
(thnx Senah..ko semangat tlg tkrkan template segala bagai..last2 x jadk gak..hahaha)


Aliah Wafa
(Mya VIVA LA VIDA tumpang sekali la..gamba ko sorg xde lak..haha)

Doa buat sahabat

بسم الله الرحمن الرحيم

Segala puja dan puji itu hanya milikmu wahai Tuhan penentu segala takdir. Selawat dan salam buat Rasul junjungan petunjuk sepanjang zaman, Nabi Muhammad s.a.w dan ahli keluarga serta para sahabatnya yang umpama bintang-bintang bergemerlapan.

Ya Allah…
Dalam perjalanan kehidupan ini telah Engkau jadikan bagiku seorang teman. Sedangkan ia adalah diluar jangkaan dan sangkaan hambaMu ini. Aku tetapkan baginya satu peraturan yang hanya Allah yang akan menentukan segalanya.

Ya Allah…
Dalam kekalutan begini, dia pergi menyendiri dan hanyalah dititipkan suatu pesanan melalui seorang teman buatku. Dimanakah salahku wahai Tuhan dan tunjukkanlah dimana silapku. Jangan Engkau biarkan aku begini tanpa diketahui apakah kesalahan yang telah aku lakukan terhadapnya.

Ya Allah…
Walau apa pun takdirMu keatasku, maka disaat ini aku tahu dia perlukan pertolongan. Oleh itu wahai Tuhan, aku dengan penuh rasa kehambaan yang penuh kehinaan memohon padaMu bagi pihaknya, kerana dia adalah sahabatku.

Ya Allah…
Ampunilah daku dan sahabatku dan masukkanlah kami kedalam rahmatMu dan Engkau adalah Tuhan yang maha penyayang.

Ya Allah…
Jangan Engkau tinggalkan untuknya suatu dosa melainkan telah Engkau ampunkan. Dan tiada suatu aibnya, melainkan telah Engkau tutupinya. Tiada suatu dukanya melainkan telah Engkau hilangkan daripadanya. Tiada suatu hutangnya melainkan telah Engkau bayarkannya. Tiada suatu kesakitan melainkan telah Engkau sembuhkannya. Tiada suatu hajatnya dari keperluan dunia dan akhiratnya yang telah Engkau redhai dan tepat untuknya melainkan telah Engkau tunaikan segalanya baginya wahai Tuhan yang Maha Penyayang.

Ya Allah…
Lindunglah sahabatku dari hilangnya nikmatMu dan berubahnya kesejahteraanMu dan mendadaknya seksaMu dan berbagai macam murkaMu.

Ya Allah…
Sungguhnya aku bermohon kepadaMu tabahkanlah dia dalam menghadapi segala urusan dan kekuatan dalam menerima petunjukMu.

Ya Allah…
Kurniakanlah kepadanya jiwa ketaqwaan dan sucikanlah. Engkaulah sebaik-baik yang mensucikannya.

Ya Allah…
Sungguhnya aku bermohon kepadaMu bagi pihaknya dengan sabaik-baik permintaan, sebaik-baik permohonannya, sebaik-baik kejayaannya dan sebaik-baik pahala baginya. Tetapkanlah untuknya, beratkanlah timbangan kebaikannya. Mantapkanlah imannya, tingkatkanlah darjatnya, terimalah solatnya dan ampunkanlah dosa-dosanya. Ya Allah, aku bermohon baginya kepadaMu tingkat yang tinggi di syurga. Ya Allah perkenankanlah permohonanku.

Ya Allah…
Sungguhnya Engkau mengetahui apa yang aku rahsiakan dan apa yang aku perlihatkan, maka ampunkanlah kealpaan dan kelalaiannya. Dan Engkau mengetahui segala hajatnya, maka kabulkanlah permohonannya. Ya Allah, aku bermohon baginya kepadaMu keimanan yang selalu mendampingi hatinya, dan keyakinan yang kuat sehingga dia mengerti bahawasanya tidak akan menimpa dirinya kecuali apa yang telah Engkau tentukan baginya dan bahawasanya apa sahaja yang telah menimpa dirinya bukanlah semata-mata yang meluputkannya. Dan apa sahaja yang telah meluputkannya bukanlah yang semata-mata menimpa dirinya.

Ya Allah…
Aku bermohon baginya kepadaMu iman yang dia buat cari kebenaran. Cahaya yang dia jadikan ikutan dan rezeki yang dirinya cukupkan. Ya Allah…jadikanlah dia cinta kepadaMu dengan hatinya seluruhnya dan rela kepadaMu dengan segala kemampuan dirinya seluruhnya. Ya Allah… jadikanlah cintanya seluruhnya hanya kepadaMu dan amal perbuatannya seluruhnya hanyalah untuk mencari keredhaanMu.

Ya Allah…
Apa sahaja yang Engkau jauhkan darinya dari hal-hal yang dia cintai, jadikanlah hal itu sebagai penguat untuknya mencintai apa yang Engkau cintai dan jadikanlah cintanya kepadaMu sebagaimana Engkau mencintai.

Ya Allah…
Cukuplah diriMu bagiku, tiada Tuhan selain Engkau. Hanya kepadaMu aku bertawakal. Dan Engkaulah Tuhan yang memiliki arasy yang agong.

ربنا آتنا في الدنيا حسنة وفي الآخرة حسنة وقنا عذاب النار

ألا بذكر الله تطمئن القلوب

salam..hari ni xde benda nak post pun..tp nak share 1 nasyid yg mendamaikan hati dan sanubari pendengarnya..sama2lah kita hayati keindahan zikir alunan Usamah As-Safi yg bertajuk Araftuka Ya Rab..Firman Allah s.w.t dalam surah Ar-Ra'd ayat 28 bermaksud "(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah". Ketahuilah dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia.

Wednesday, 11 May 2011

^_^

salam..baru aku tau tension gak rupenya nak wat blog nie..tgk blogger len semangat
wat blog cantek2, comel, kasi org usyar..haha, lantaklah org nak kata ape, malas wat sungguh2..janji ada sudah.. Bak kata En Riduan Makhtar (pensyarah MPW 1313) "Biarlah..Manusia ni macam2"..ehehe..so aku nak ucapkan jutaan terima kasih kepada teman seperjuangan yg mana telah membantu aku secara langsung mahupun tidak langsung dlm proses penghasilan blog aku yg serba serbi kurangnya nie..Jasa kalian
xdpt sy lpekan..Time kaseyy..


Tribute to:
1: Dato' Suka-suki Dayat
2. Datin Aliah Wafa
3: Datin Hasnah Kasiran


hahahaha

Di manakah cantiknya seorg wanita

Buat insan yg bergelar wanita, terimalah :
Mungkin pada sepasang matanya yang hening yang selalu menjeling tajam atau yang kadang kala malu-malu memberikan kerlingan manja.
 
Boleh jadi pada bibirnya yang tak jemu-jemu menyerlahkan senyuman manis, atau yang sekali-sekala memberikan kucupan mesra di dahi umi juga, ayah, suami dan pipi munggil anak-anak.
 
Atau mungkin juga pada hilai tawanya yang gemersik dan suara manjanya yang boleh melembut sekaligus melembutkan perasaan.
 
Sejuta perkataan belum cukup untuk menceritakan kecantikan perempuan. Sejuta malah berjuta-juta kali ganda perkataan pun masih belum cukup untuk mendefinisikan tentang keindahan perempuan. 
 
Kitalah perempuan itu. Panjatkan kesyukuran kehadrat Tuhan kerana menjadikan kita perempuan dan memberikan keindahan-keindahan itu.
 
Namun, betapa pun dijaga, dipelihara, dibelai dan ditatap di hadapan cermin saban waktu, tiba masanya segalanya akan pergi jua. Wajah akan suram, mata akan kelam.
 
Satu sahaja yang tidak akan dimamah usia, sifat keperempuanan yang dipupuk dengan iman dan ibadah.
 
Anda ingin lebih cantik dan menarik?
 
# Jadikanlah Ghadhdul Bashar (menundukkan pandangan) sebagai "hiasan mata" anda, nescaya akan semakin bening dan jernih.
 
# Oleskan "lipstik kejujuran" pada bibir anda, nescaya akan semakin manis.
 
# Gunakanlah "pemerah pipi" anda dengan kosmetik yang terbuat dari rasa malu yang dibuat dari salon Iman.
 
# Pakailah "sabun istighfar" yang menghilangkan semua dosa dan kesalahan yang anda lakukan.
 
# Rawatlah rambut anda dengan "selendang islami" yang akan menghilangkan kelemumur pandangan lelaki.
 
# Hiasilah kedua tangan anda dengan gelang tawadhu' dan jari-jari anda dengan cincin ukhuwwah.
 
# Sebaik-baiknya kalung anda adalah kalung "kesucian."
 
# Bedaklah wajah anda dengan "air wudhu."

Couple :)

Salam sume..aku tertarik ngan post dari sorg hmba ALLAH ni..bnda bek harus dikongsi bersama kan?
hahaha..berikut merupakan intipatinya:

PERKARA YG LEBIH BERMANFAAT DARIPADA” BERCOUPLE”
1)  seronok (dpt fitnah)

2)  seronok (dpt dosa)

3)  seronok (dpt geng dgn syaitan)  

4)  dpt meluahkan masalah..(Allah kan ada)

5) banyak habis duit (lebih baik guna utk sedekah) , tak kurang juga yg habiskan duit beli  
prepaid dan bayar bil telefon yg melambung..

6) byk risau (takut awek kita org lain kebas.. berapa kali dah miss solat pasal dok asyik berdating tak pulak risau..)

7) byk termenung dan senyum sendiri (pasal ingat peristiwa riang dgn awek.. kita sbg muslim patutnya byk mengingatkan MATI yg boleh dtg bila2 masa..)

8)  lebih mengutamakan awek drpd org lain (hidup dlm dunia sendiri, dia dan awek dia.. lain dah tak kisah..)

9)  menepati masa dan janji (takut awek marah/sakit hati.. solat fardhu lewat tak takut pulak... )

10)  lain2 lg yg memberikan faedah dlm menambah saham DOSA drpd PAHALA..
hasil drpd pengalaman/pemerhatian/analisa/kajian saya terdapat beberapa sebab yg menyebabkan PENDORONG mengapa ber'couple' terjadi;

11) byk sek./pusat pengajian i.e. perempuan dan lelaki satu kelas tanpa ada usaha drpd pihak yg bertanggungjawab utk mengawal pencampuran ini supaya tidak bercanggah dhn syarak.

12)  perkara ini sudah jadi kebiasaan maka didapati ada pendapat (tak tahu le dalil mana dia guna) mengatakan tak apa ber'couple' asalkan tak melanggar batas2 syarak.. nauzubillah.. pd pendapat mereka keluar buat date kat khalayak ramai, bukannya berduaan di tempat sunyi tak pegang tangan, jln pun tak rapat2 dan si awek tu pula pakai tudung... so tak pe la.. dosa pun sikit jer.. nanti dah kahwin settle dan taubat le.. saya bab ni yg payah nak jawab.. ada je alasan dia org utk melepaskan diri. org kata kalu dah nak buat tu memang mcm2 helah. kita nasihat kot sini dia corner kot lain. byk bersabar aje le dan teruskan usaha kita insyaAllah lama2 dia sedar le..

13) sudah menjadi naluri manusia ingin dibelai dan dikasih, maka sebab itu Allah jadikan lelaki dan perempuan ada tarikan mcm cas +ve dan -ve. hasil drpd didikan/pentarbiyahan islam yg tidak kukuh dr keluarga menyebabkan attraction between the charge can't be control to act in a much more appropriate manner.. maka terjadinya perhubungan (kawan2) sblm ada ikatan yg sah, dan ada setgh ibubapa dgn selamba kata "tak pe le.. dia org dah besor.. dah remaja, dah pandai fikir mana baik dan yg buruk .. bior le" . betul juga kata ibu bapa tersebut, patutnya kita dah besor, tahu le menilai yg mana baik dan buruk.. tapi tanggungjawab kedua ibubapa mendidik anak pun tak boleh diabaikan...

14) bertambahnya perempuan yg tidak menutup aurat, kalau tutup aurat pun aurat lain tak dijaga i.e. cara bergaul, bercakap.. maka ini membuka ruang pd lelaki2 utk memulakan projek mereka.. tak percaya pergi lepak (bukan lepak mcm Mat Lepakian.. lepak dgt tujuan utk mengambil iktibar..) kat KL (kat sini mcm2 jenis org boleh jumpa..) ada yg elok tutup aurat tapi bila bersembang.. tu dia, ketawa kalah lelaki.. lepas tu pandai cubit2 dan pukul2 pula tu.., lelaki apa lagi.. ada chance ni..

15) ramai perempuan semakin berani.. berani menghadapi cabaran utk jadi setanding dgn lelaki maka mereka pun goda le lelaki so dpt byk boyfriend.. mcm Mat Cintan dan Mat Bunga yg byk dpt awek..

16) ramai lelaki rasa bangga kalau ada awek, kalau tak ada awek maka mcm ada satu kekosongan dlm jiwa ... lebih2 lg kalau tgk member2 lain dia ada awek. faktor sekeliling memperngaruhi suasana.

17) lelaki cuba nak tunjuk pd lelaki lain yg dia tu pakar dlm bab tackle/meng'ayat' awek .. lelaki ni biasa le EGO.. ego tak kena tempat...

18) haaa... ni paling memalukan kaum lelaki.. lelaki ni cepat sgt PERASAN so dia pun naik semangat kacau awek. mula2 perasan yg awek tu minat kat dia (padahal tak minat pun), end up awek tu minat betul2.. ye le dah usaha sikit punya susah nak meng'ayat'/meng'tackle', awek tu pun accept le mat tu. ada juga awek yg manja (dah memang fitrah wanita begitu) sikit bila nak minta tolong maka lelaki akan terperasan yg awek tu minat kat dia maka akan try meng'ayat'. maka dianjurkan pd kaum hawa agar tidak menonjolkan sifat kemanjaan anda pada tempat yg tak kena. pd kaum adam pula, jgn le dok perasan cepat sgt..

19) ada kaitan dgn fakta ke-8... perempuan cepat sangat kesian bila tgk lelaki bersusah-payah utk dia. tolong nie tolong tu, tolong buat assingment ke sbg contoh. bila lelaki yg dok tolong tu 'ayat' sikit jer dgn mudah perempuan tersebut termakan kata2 manis lelaki tersebut.. yg lelaki tu pula tolong tak ikhlas, tu yg jadi mcm tu...

20) fakta yg ke-10 ni cukup sensitif pasal mereka (lelaki) ber'awek' disebabkan niat mereka cukup ikhlas dan jujur. tujuannya ialah utk kenal antara satu sama lain dan memahami satu sama lain.. ada ngam ke tak ngam ke sebelum berjanji utk hidup semati...

alhamdulillah niat bagus... tapi niat tak boleh menghalalkan cara, yg haram akan tetap haram, sbgmana hadis Rasulullah yg bermaksud:

Drpd Abu Abdullah Al-Nu'man bin Basyir ra :sabda Rasulullah S.A.W "sesungguhnya yg halal itu nyata dan yg haram itu pun nyata dan di antara keduanya ada perkara yg kesamaran, yg tidak diketahui oleh kebykkan manusia, maka brgsiapa yg memelihara (dirinya dr) segala yg kesamaran, sesungguhnya ia memuliakan bgnya agamanya dan kehormatannya... " (Mutfaq'alaih)

 1-      sesunguhnya perjumpaan (keluar) antara kaum adam dan hawa itu salah melainkan ditemani mahramnya... .

2-      cintailah pasangan anda kerana Allah dgn cinta yang berlandaskan keimanan dan bukannya kerana hawa nafsu...

Nauzubillahi min zalik...
Wallahu'alam... .

الدعاء مخ العبادة

Bismillahirrahmanirrahim...
" Ya Allah Ya Tuhan kami, pada kesempatan hidup yang telah kau berikan kepada kami Ya Allah, Jika ada kesalahan dan keaiban yang kami lakukan ya Allah, ampunkan segala dosa-dosa kami ya Allah.
 
Ya Allah Ya Tuhan kami, pada peluang yang masih kau berikan kepada kami ya Allah, kami memohon kepada Mu ya Allah, pimpinlah kami kejalan Mu yang lurus ya Allah.
 
Ya Allah Ya Tuhan kami, jika ada dikalangan kami orang yang sedang sakit ya Allah, berikan kesembuhan kepada mereka ya Allah, jika ada dikalangan kami orang yang sedang susah ya Allah, bantulah segala urusan mereka ya Allah, jika ada dikalangan kami orang yang bersedih hatinya ya Allah, berikan ketenangan dan jalan keluar dari segala permasalahan mereka ya Allah, jika ada dikalangan kami orang yang sangat berhajat dengan keperluannya ya Allah, tunaikanlah segala hajat dan cukupkan keperluan mereka ya Allah. Jika ada dikalangan kami orang yang menderhaka kepadamu ya Allah, isteri yang menderhaka kepada suaminya ya Allah, anak-anak yang menderhaka kepada ibu dan ayahnya ya Allah, ampunkan mereka dan pimpinlah mereka Ya Allah.
 
Ya Allah Ya Tuhan kami, susah kami bantulah ya Allah, beban kami ringankanlah ya Allah, kesusahan kami permudahkanlah ya Allah, hajat kami tunaikan ya Allah. Ya Allah ya Tuhan kami, dosa kami ampunkanlah ya Allah, aib kami tutuplah ya Allah, keras hati kami lembutkanlah ya Allah.
 
Ya Allah Ya Tuhan kami, keluarga kami bahagiakanlah ya Allah, isteri kami solehahkanlah ya Allah, suami kami solehkanlah ya Allah, anak-anak kami soleh dan solehahkanlah ya Allah. Jika ada dikalangan  mereka yang keras hati lembutkanlah ya Allah, jika ada dikalangan mereka yang belum mendapat kesempurnaan hidayahmu, berilah hidayahmu kepada mereka ya Allah.
 
Ya Allah Ya Tuhan kami, gantikanlah kesedihan hati kami dengan kegembiraan dari Mu ya Allah, gantikanlah segala kekusutan hati kami dengan ketenangan dari Mu ya Allah, gantikanlah segala kesusahan kami dengan pertolongan dari Mu ya Allah, berikan keselamatan kepada kami ya Allah, hindarkan kami dari segala mara bahaya ya Allah, daripada hasad dengki manusia yang berhasad ya Allah, daripada kezaliman manusia yang menzalimi ya Allah, dan daripada perkara yang tidak mampu kami tanggung ya Allah, hidayahkanlah hati kami ya Allah, murahkan rezeki kami ya Allah.
 
Ya Allah Ya Tuhan kami, berikan kekuatan keimanan kepada kami ya Allah, sepertimana yang telah kau kau berikan kepada nabi Mu Ibrahim ya Allah, berikan kami ketabahan didalam segala urusan hidup kami ya Allah, sepertimana yang telah kau berikan kepada nabi Mu Ayub ya Allah. Berikan kami jalan keluar bagi segala permasalahan kami ya Allah, sepertimana yang telah Kau berikan kepada nabi Mu Yunus ya Allah. Berikan kami kemurahan rezeki yang halal yang Allah, sepertimana yang telah kau berikan kepada nabi Mu Sulaiman ya Allah. Berikan kami bantuan dalam segala urusan kami ya Allah, sepertimana yang telah Kau berikan kepada nabi Mu Musa ya Allah. Berikan kami akhlak dan adab ya Allah, sepertimana yang Kau berikan kepada nabi Mu Muhammad ya Allah. Berikan kami keluarga yang bahagia ya Allah, sepertimana yang telah kau berikan kepada Saidina Ali dan Siti Fathimah, Ya Allah. "
 
Semoga dapat dikongsikan bersama. Jangan lupa adab-adab berdoa, selawat dan salam.
 

الامانة

Amanah adalah menunaikan tanggung jawab dengan sempurna.

Janji Allah pada orang yang amanah ialah, Allah akan sempurnakan hak kita di dalam hidup kita.

Setelah kita tahu kepentingan amanah, bagaimana ingin menjadi orang yang amanah.

Untuk menjadi orang yang amanah perlulah

1. kena ada niat.

Niat sangat penting. Habis Anis di dalam kitab An-Niyyat menekankan “ajarkan anak kamu berniat sebagaimana kamu mengajar anak kamu sembahyang.

Berniat menjadi orang yang soleh akan menjadikan kita sentiasa ingat. Ini kerana, manusia memang selalu lupa.

2. Kurangkan pilihan

Manusia kalau diberi pilihan, mereka akan memilih perkara yang ringan dalam diri mereka. Kalau diberi pilihan untuk amanah atau mengambil hak orang dalam keadaan orang tidak tahu, maka manusia akan memilih perkara yang sesuai dengan nafsunya.

Sebab itu, untuk menjadi orang baik, kena kurangkan pilihan, nak solat, solat terus, nak baca al-Quran, baca terus. Kena kurangkan pilihan dalam hidup kita untuk menjadi orang baik.

3. Kena doa.

Menjadi baik susah terutama di akhir zaman ini. Kita memerlukan bantuan Allah untuk menjadi orang yang baik. Sedikit cita-cita menjadi baik insyaAllah akan terus diperbaiki Allah.




Al-Quran sebagai pembela di hari akhirat

Abu Umamah r.a. berkata: “Rasulullah S.A.W. telah menganjurkan supaya kami semua mempelajari Al-Quran,setelah itu Rasulullah S.A.W. memberitahu kelebihan Al-Quran.
Kata baginda: “Belajarlah kamu akan Al-Quran,di akhirat nanti dia akan datang kepada ahli-ahlinya yang dikala itu sangat memerlukannya.Ia akan datang dalam bentuk seindah-indahnya dan ia bertanya: ‘kenalkah kamu kepadaku?’maka orang yang pernah membaca itu akan menjawab: ‘siapakah kamu?’

Maka Al-Quran berkata: ‘akulah yang kamu cintai dan kamu sanjung dan juga telah bangun malam untukku dan kamu juga pernah membacaku pada waktu siang hari’

Kemudian orang yang pernah membaca Al-Quran itu berkata’adalah kamu Al-Quran?’lalu Al-Quran mengakui dan menuntun orang yang pernah membacanya menghadap Allah.

Lalu orang itu diberi kerajaan di tangan kanan dan kekal di tangan kirinya kemudian dia diletakkan mahkota diatas kepalanya.

Pada kedua ibu dan ayahnya pula yang muslim diberi perhiasan yang tidak dapat ditukar dengan dunia walau berlipat ganda sehingaa keduanya bertanya: ‘dari manakah kami mamperolehi semua ini,padahal amal kami tidak sampai sebegini?’

Lalu dijawab: ‘kamu diberi semua ini kerana anak kamu telah mempelajari Al-Quran’.”

"Jika Islam itu benar, tempatkan bilikku di NERAKA"


Assalamualaikum & Salam Peringatan,

Baca dan hayati sepenuhnya cerita di bawah ini yang benar-benar berlaku di BUMI ISLAM sendiri iaitu Iskandariah,Mesir.Moga kisah dibawah ini cukup menyayat hati anda sehingga menyedarkan anda dari terus leka dengan permainan dunia yang melalaikan.

Pada suatu hari, seorang gadis yang terpengaruh dengan cara hidup masyarakat Barat menaiki sebuah bas mini untuk menuju ke destinasi di wilayah Iskandariah. Malangnya walaupun tinggal di bumi yang terkenal dengan tradisi keislaman, pakaian gadis tersebut sangat menjolok mata.Bajunya agak nipis dan seksi hampir terlihat segala yang patut disembunyikan bagi seorang perempuan daripada pandangan lelaki ajnabi atau mahramnya

Gadis itu dalam lingkungan 20 tahun. Di dalam bas itu, ada seorang tua yang dipenuhi uban menegurnya: "Wahai pemudi! Alangkah baiknya jika kamu berpakaian yang baik, yang sesuai dengan ketimuran dan adat serta agama Islam kamu, itu lebih baik daripada kamu berpakaian begini yang pastinya menjadi mangsa pandangan liar kaum lelaki.... " nasihat orang tua itu

Namun, nasihat yang sangat bertetapan dengan tuntutan agama itu dijawab oleh gadis itu dengan jawapan yang mengejek: "Siapalah kamu hai orang tua? Adakah kamu cuba nak ingatkan aku supaya menutup aurat sepenuhnya sedangkan bapa kandungku sendiri tidak pernah menasihatiku?Apakah kamu mahu aku berpakaian menutup aurat sedangkan aku masih mahu bebas menayangkan tubuh badan ku di khalayak ramai?Apakah di tangan kamu ada anak kunci syurga? Atau adakah kamu memiliki sejenis kuasa yang menentukan aku bakal berada di syurga atau neraka?" Setelah menghamburkan kata-kata yang sangat menghiris perasaan orang tua itu, gadis itu tertawa mengejek panjang. Tidak cukup setakat itu, si gadis lantas cuba memberikan telefon bimbitnya kepada orang tua tadi sambil melafazkan kata-kata yang lebih dahsyat. " Jika ISLAM itu BENAR,tempatkan bilikku di Neraka ,Ambil handphone ku ini dan hubungilah Allah serta tolong tempahkan sebuah bilik di neraka jahanam untukku," katanya lagi lantas ketawa berdekah-dekah tanpa mengetahui bahawa dia sedang mempertikaikan hukum Allah dengan begitu biadab.

Orang tua tersebut sangat terkejut mendengar jawapan daripada si gadis manis. Sayang sekali,  wajahnya yang ayu tidak sama dengan perilakunya yang buruk. Penumpang-penumpang yang lain turut terdiam malah ada yang menggelengkan kepala kebingungan. Semua yang di dalam bas tidak menghiraukan gadis muda yang tidak menghormati hukum-hakam agama itu dan mereka tidak mahu menasihatinya kerana khuatir dia akan akan menghina agama dengan lebih teruk lagi.

Sepuluh minit kemudian bas pun tiba di perhentian. Gadis seksi bermulut celupar tersebut tertidur di muka pintu bas. Puas pemandu bas termasuk para penumpang yang lain mengejutkannya tapi gadis tersebut tidak sedarkan diri. Tiba tiba orang tua tadi memeriksa nadi si gadis. Sedetik kemudian dia menggeleng-gelengkan kepalanya. Gadis itu telah kembali menemui Tuhannya dalam keadaan yang tidak disangka. Para penumpang menjadi cemas dengan berita yang menggemparkan itu. Dalam suasana kelam kabut itu, tiba tiba tubuh gadis itu terjatuh ke pinggir jalan. Orang ramai segera berkejar untuk menyelamatkan jenazah tersebut. Tapi sekali lagi mereka terkejut. Sesuatu yang aneh menimpa jenazah yang terbujur kaku di jalan raya. Mayatnya menjadi hitam seolah-olah dibakar api. Dua tiga orang yang cuba mengangkat mayat tersebut juga kehairanan kerana tangan mereka terasa panas dan hampir melecur sebaik saja menyentuh tubuh si mayat. Akhirnya mereka memanggil pihak keselamatan menguruskan mayat itu.

Begitulah kisah ngeri lagi menyayat hati yang menimpa gadis malang tersebut. Apakah hasratnya menempah sebuah bilik di neraka dimakbulkan Allah? Na'uzubillah, sesungguhnya Allah itu Maha Berkuasa di atas segala sesuatu. Sangat baik kita jadikan iktibar dan pelajaran dengan kisah benar ini sebagai Muslim sejati. Jangan sesekali kita mempertikaikan hukum Allah mahupun sunnah RasulNya s.a.w. dengan mempersendakan atau mengejek. Kata kata seperti ajaran Islam tidak sesuai lagi dengan arus kemodenan dunia hari ini atau sembahyang tidak akan buat kita jadi kaya dan seumpamanya adalah kata-kata yang sangat biadab dan menghina Allah, pencipta seluruh alam.

Ingatlah teman, kita boleh melupakan kematian, tetapi kematian tetap akan terjadi kepada kita. Hanya masanya saja yang akan menentukan bila kita akan kembali ke alam barzakh. Janganlah menjadi orang yang bodoh, siapakah orang yang bodoh itu? Mereka itulah orang yang ingin melawan Tuhan Rabbul 'alamin. Apabila anda enggan melaksanakan suruhan Tuhan bererti anda ingin melawan arahan Tuhan.

Sewaktu di sekolah anda tertakluk dengan undang-undang sekolah, dalam pekerjaan anda tertakluk dengan undang-undang yang dilakar oleh majikan anda, di dalam negeri anda tertakluk di bawah undang-undang negara anda. Begitu taksub sekali anda terhadap undang-undang itu sehingga terlalu prihatin takut kalau melanggar undang-undang tersebut . Apabila anda berpijak di bumi ini, anda juga tertakluk dengan undang-undang yang telah di gubal oleh yang pemilik yang menjadikan bumi ini.

Setiap Sultan ada taman larangannya, begitu juga Allah s.w.t. taman laranganNya adalah perkara-perkara yang telah diharamkan bagi hamba-hambaNya di muka bumi ini. Sama samalah kita memohon agar Allah sentiasa memberi kita petunjuk di atas jalan yang benar dan agar Dia memberikan kekuatan agar kita sentiasa dapat menjaga lidah kita, amin.Kisah ini dikongsikan dan diceritakan bersama oleh sahabat saya sendiri yang berasal di Malaysia dan kini berada di perantauan sana.

berjaya...

hahahahahahahahahahahhahahahahahahahahahahhahahahahahahahahahah
hahahahahahahahahahahhahahahahahahahahahahhahahahahahahahahahah
hahahahahahahahahahahhahahahahahahahahahahhahahahahahahahahahah..

tetiba gelak snsorg cm org gle..padahal xde benda pun..
akhirnye berjaya gak..ehehehe

1st time berblog..

salam sume..
ni my 1st trial post..
percubaan pertama..
sejak aku lahir kt muke bumi ni,
xpnh2 aku wat blog..
aku dok layan blog org tp aku xde blog..
dengki la gak kan..hahaha
xnak cerita merepek kt sini..kena byk bljr lg..
anyway, slm perkenalan dari sy blogger bru..wihihihi
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...