Subscribe to RSS feeds

Friday, 20 May 2011

Fadhail Jumaat



Syeikh Abdul Qadir Jailani (SAQJ) mengatakan malam Jumaat lebih banyak dari
malam lailatul qadar, ia berulang-ulang (50 kali setahun). SAQJ adalah
seorang wali besar umat Muhammad, Orang Baghdad, bermazhab Hambali.
Pahala solat Jumaat seperti pahala ibadat haji bagi orang miskin. Oleh itu,
solat Jumaatlah walaupun musafir (tidak wajib) kerana ganjarannya sangat besar.
Bagi mereka yang solat Jumaat, gugur dosa antara satu Jumaat ke Jumaat
lain, kecuali dosa-dosa besar.

Lelaki yang mandi di pagi hari Jumaat gugur dosa seperti bayi baru lahir.
Samada mandi kerana Hari Jumaat (Mazhab Hanafi) atau mandi untuk pergi
menunaikan Solat Jumaat (Mazhab Syafie).

Batu dan kayu jadi saksi dan beristighfar keatas orang yang berjalan diatasnya
untuk pergi solat Jumaat. Barang siapa yang memakai pakaian bersih untuk
solat Jumaat, Allah kurniakan keatasnya rahmat dan memaqbulkan hajat yang
dikehendakinya samada di dunia mahupun di akhirat.

Allah angkat seksa kubur pada hari Jumaat, malaikat tidak bertugas
pada hari itu. Nabi S.A.W. bersabda; "Tiada seorang Muslim yang mati pada
hari atau malam Jumaat melainkan Allah akan menyelamatkannya dari ujian
kubur." – Riwayat Ahmad & Attirmidzi

Pahala kedatangan Solat Jumaat
Hari Jumaat Allah hantar malaikat khas untuk duduk dipintu masjid dan menulis
nama orang yang hadir sehingga khatib naik ke mimbar. Selepas itu tiada rekod
kehadiran.

Nabi S.A.W bersabda: “Apabila tiba hari Jumaat, ada pada tiap-tiap pintu masjid,
Malaikat yang ditugaskan menulis orang yang datang sembahyang Jumaat seorang
demi seorang; kemudian apabila imam duduk di atas mimbar, Malaikat-malaikat itu
melipat lembaran-lembaran surat yang ditulisnya serta mereka datang mendengar khutbah.” (Abu Hurairah r.a)






Pahala bagi orang yang pertama datang seperti unta, selepas itu seperti lembu,
kambing, ayam, burung ciak dan telur.

Rasulullah S.A.W bersabda: Sesiapa mandi pada hari Jumaat seperti mandi hadas
besar, kemudian berangkat ke masjid, maka seolah-olah dia mengorbankan seekor
unta dan sesiapa berangkat pada kesempatan kedua, maka dia seolah-olah telah mengorbankan seekor lembu. Sesiapa berangkat pada kesempatan ketiga, maka
seolah-olah dia telah mengorbankan seekor kambing kibasy. Sesiapa berangkat pada kesempatan keempat, seolah-olah telah menyembelih seekor ayam dan sesiapa
berangkat pada kesempatan kelima, seolah-olah dia memberikan sedekah sebiji telur. Apabila imam iaitu khatib telah keluar, Malaikat-malaikat pun hadir mendengar zikir.

Ertinya: mereka tidak lagi mencatatkan sesiapa yang datang ke masjid

Di langit, malaikat Jibrail menjadi muazzin, Mikail jadi khatib membaca khutbah
kepada para malaikat. Mereka menghadiahkan pahala solat Jumaat kepada para imam, muazzin dan umat Muhammad yang solat Jumaat kerana mereka tidak perlu pahala.

Kisah wali
Ada seorang wali menangis-nangis semasa membaca khutbah.  Kemudian beliau menyuruh
anak muridnya baca khutbah, anak muridnya turut menangis.Apabila ditanya, tuan guru itu tidak menjawab. Bila ditanya kepada anak muridnya kenapa dia menangis, dia mengatakan dia nampak binatang seperti anjing, kera dan babi datang solat. (Gambaran orang yang tidak ikhlas datang solat). Wali itu melihat dengan mata hati. Sepertimana Nabi Muhammad boleh melihat safnya dari belakang mata.

Wallahu A'lam

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...