Subscribe to RSS feeds

Monday, 16 May 2011

Guru

Sajak ini sy tujukan khas buat semua guru..Khususnya buat guru2, ustz ustzh serta para mursyid:

1. Sekolah Kebangsaan Taman Tasik Ampang
2. Sekolah Rendah Agama Tasik Tambahan
3. Maahad Muhammadi Pasir Mas
4. Sekolah Agama Menengah Rawang
5. KUIS

Tidak dilupakan juga buat pendidik2:

1. Pusat Tuisyen Kasturi
2. Pusat Tuisyen Universal

Terimalah..

Berburu ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepala ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi
(dedikasi kepada Hari Guru dan guruku tercinta)


Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat

Pemimpin yang ditauliahkan segala umat.
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.
Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia

Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa

Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.
Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;

Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku

Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

 
USMAN AWANG
1979

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...